(16 November 2015, Isnin)
first day lapor diri praktikal ke unit BKP, then kena hantar ke Kg. Kuala Slim untuk membantu JKKK dalam pertandingan ADS1M. Selepas sebulan di sana, kembali semula ke PDTSR tapi ditempatkan di unit Tanah and now naik ke unit BKP balik.
Tugas hari nie jaga kaunter unit BKP (Bahagian Khidmat Pengurusan) berurusan dengan bermacam jenis pelanggan. huhuu
Tuesday, November 17, 2015
Friday, November 13, 2015
memasukkan dan mengecop geran hakmilik
(3, 6, 9, 12, 13 November 2015, Selasa, Jumaat, Isnin, Khamis, Jumaat)
Mengecop geran hakmilik yang baru dan kemudian memasukkan ke dalam fail JOPA. Pelan DHDK dan Borang 5F juga turut dimasukkan ke dalam JOPA. Memandangkan ia sulit, tiada gambar yang dapat diambil.

Thursday, November 5, 2015
Membuat minit mesyuarat
Membuat minit mesyuarat Perasmian & Perisytiharan Daerah Muallim Bil 2/2015 yang berlangsung semalam.
Wednesday, November 4, 2015
meeting persediaan perasmian & perisytiharan daerah Muallim.
(4 November 2015, Rabu)
Mesyuarat diantara PDT Slim River or soon to be PDT Muallim dengan semua jabatan-jabatan kerajaan yang ada. Meeting ini diketuai oleh Pegawai Daerah, KPPD, PPD dan dihadiri oleh Ketua Polis Slim River, dan pegawai jabatan-jabatan kerajaan.

Monday, November 2, 2015
it's november yo!
( 2 November 2015, Isnin)
Yeayy hari nie da masuk bulan November! dah 4 bulan praktikal, Alhamdulillah. :)
Hari nie menyambung semula kerja yang berkaitan dengan pembukaan daerah baru iaitu me-laminate senarai nombor fail JOPA dan kemudian menampalnya mengikut turutan nombor.

Friday, October 30, 2015
Memasukkan copy safe plastik
(29 - 30 Oktober 2015, Khamis - Jumaat)
Memasukkan copy safe plastik ke dalam JOPA untuk menyimpan geran hakmilik dan juga pelan. Geran dan pelan akan tersimpan dengan elok dan tidak di makan zaman dengan adanya copy safe plastik tersebut.

Tuesday, October 27, 2015
Melabel nombor hakmilik dan pelan B2
(26 - 27 Oktober 2015, Isnin - Selasa)
Melabel nombor hakmilik yang batal dan pelan B2 di JOPA. Semua hakmilik yang batal di simpan di dalam JOPA sebagai simpanan. Hakmilik lama terbatal kerana pertukaran daerah kepada Daerah Muallim. Hakmilik yang baru diwujudkan dibawah penamaan Daerah Muallim.

Thursday, October 22, 2015
Memotong dan menggunting tagging label
(22 Oktober 2015, Khamis)
Menggunting dan memotong tagging label hakmilik dan pelan kepada saiz yang bersesuaian untuk diletakkan di tepi poket fail JOPA.

Tuesday, October 20, 2015
Sunday, October 18, 2015
PDTSR Bowling Tournament
(18 Oktober 2015, Ahad)
PDTSR menganjurkan pertandingan bowling diantara staf di Mydin Ipoh. Perlawanan terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori lelaki. Kumpulan Bravo telah memenangi pertandingan bagi kategori lelaki dan kumpulan Fabulous telah menang bagi kategori wanita.

Thursday, October 15, 2015
semakan Borang A (verification dokumen)
(15 Oktober 2015, Khamis)
Membantu tuan ADO membuat semakan Borang A (dokumen verifikasi) untuk pertukaran Daerah Batang Padang kepada Daerah Muallim.

Tuesday, October 13, 2015
memotong pelan tanah lot
( 12 - 13 Oktober 2015, Isnin - Selasa)
Membuat salinan pelan tanah yang asal dan kemudian memotong nya untuk disimpan di dalam fail JOPA. Kerja ini dilakukan sempena pembukaan daerah baru dalam masa terdekat. penukaran Slim River yang selama ini di bawah Daerah Batang Padang kepada daerah baru, Daerah Muallim.

Friday, October 9, 2015
Thursday, October 8, 2015
nombor lot & luas hektar tanah Felda Trolak Timur
(6 - 8 Oktober 2015, Selasa - Khamis)
Nama pon berpraktikal di Pejabat Daerah & Tanah, maka hari nie iolss diarah kan untuk menanda nombor lot & luas hektar tanah bagi kawasan Felda Trolak Timur yang terdapat di atas pelan untuk dimasukkan ke dalam sistem database sebagai simpanan pejabat dan juga untuk memudahkan proses pencarian.

Friday, October 2, 2015
Kiraan cukai tahunan
( 30 September - 2 Oktober 2015, Rabu - Jumaat)
Minggu nie buat kiraan cukai tahunan dan jumlah bayaran bagi peneroka Trolak Timur. Jumlah data adalah sebanyak 685 orang peneroka. Kiraan cukai tahunan bagi setiap peneroka adalah berbeza.

Wednesday, September 30, 2015
Isi Borang A
( 29 September 2015, Selasa)
Okayy kalau semalam check nama peneroka dalam sistem, hari nie kena isi borang A bagi nama peneroka yang tiada di dalam sistem.
Monday, September 28, 2015
kemaskini nama peneroka Sg Behrang
( 28 September 2015, Isnin)
Hari nie disuruh untuk mengemaskini nama-nama perneroka untuk Sg. Behrang di dalam sistem. Check sama ade nama pemilik terkini sudah bertukar kepada nama baru atau masih nama pemilik yang sama.

Wednesday, September 23, 2015
Borang A
(23 September 2015, Rabu)
Okayy hari nie kerja iolss adalah mengemaskini Borang A untuk penduduk Felda Trolak Timur. iolss kena check nama, no I/C dan alamat pemilik sama ada sama atau tak dengan I/C mereka. Kemudian tengok kalau mereka ade pemegang bersama dan kena pastikan no fail mereka betul dan selepas itu cop tanda pengesahan.
Penat jugak buat sebab ade lebih kurang 500 fail. huhuu Ohh tak baik mengeluh, buat kerja kena ikhlas ye dak? :)

Tuesday, September 22, 2015
Bertugas semula di PDTSR
(22 September 2015, Selasa)
Setelah sebulan berkhidmat di Pejabat JKKK Kampung Kuala Slim, hari ini iolss bertugas kembali di Pejabat Daerah dan Tanah Slim River (PDTSR). Kalau dulu mase mula-mula masuk ditempatkan di unit Daerah aka Unit BKP, kali ini iolss ditempatkan di Unit Tanah pulak.
Pejabat Daerah dan Tanah Slim River
Keadaan dan suasana kerja di unit ini sedikit berbeza berbanding Unit BKP dan stafnya juga lebih ramai. Okay, kerja yang dibuat pada hari pertama selepas ditempatkan di unit tanah ini ialah menghapus maklumat sulit seperti geran hakmilik, surat-menyurat dan lain-lain dengan menggunakan shredder machine. Dapat 3 plastik sampah penuh. Kalau jual dapat jugak duit. hehehh

Wednesday, September 16, 2015
today is the day!
yes, today is the day! hari yang menentukan sama ada Kampung Kuala Slim layak untuk memenangi tempat pertama untuk pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) sebagai desa cemerlang ataupun tidak. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Khusairi B. Abdul Talib, ADUN Slim River.
Pada hari ini, para juri datang melawat Kampung Kuala Slim untuk membuat penilaian dan juga melihat perbentangan para JKKK tentang kampung mereka. Para juri membuat penilaian dari pelbagai sudut aspek seperti aspek pentadbiran dan kepimpinan, aspek ekonomi dan keusahawanan, aspek kesihatan dan lain-lain lagi.
Majlis dimeriahkan dengan pembukaan tarian sewang daripada masyarakat orang asli, paluan kompang daripada penduduk kampung dan alunan selawat daripada murid Tabika Kemas Kuala Slim.
Monday, September 14, 2015
persediaan pertandingan ADS1M
Membuat persediaan untuk pertandingan ADS1M pada keesokan hari dengan mengemas dan menceriakan Pejabat JKKK dan juga Dewan Kg. Kuala Slim. Semua penduduk kampung dan juga jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung bekerjasama untuk menjayakan program tersebut.
Tak terkecuali juga yang turut terlibat ialah badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan seperti PDRM, RELA, JPAM, JAKOA, JAIPk dan banyak lagi.
slide presentation Kampung Kuala Slim untuk ADS1M Peringkat Negeri Perak
(12 - 14 September 2015, Sabtu - Isnin)
membuat dan menyediakan persembahan slaid ADS1M untuk memudahkan biro JKKK membuat pembentangan berkaitan aktiviti mereka semasa hari pertandingan berlangsung. Slaid tersebut mengandungi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh setiap biro JKKK Kampung Kuala Slim bermula April 2014 sehingga September 2015, carta organisasi biro dan juga takwim bagi setiap biro.

Subscribe to:
Posts (Atom)