Monday, August 31, 2015

mesyuarat ADS1M kali ke - 2

pagi ini pukul 10 saya terlibat dengan meeting ADS1M kali kedua. meeting ini boleh dikatakan sebagai meeting yang penting dan juga besar kerana ia dihadiri oleh orang-orang besar. Tugas saya adalah sebagai pembantu Ketua Kampung untuk mencatit minit mesyuarat.

meeting kali ini adalah untuk mengetahui perkembangan terbaru tentang persediaan kg kuala slim untuk bertanding dalam pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) peringkat negeri Perak. Antara yang menghadiri meeting ini ialah:

1. Abd Rahim B. Abd Razak - ADO Slim River
2. Mohd Rashid B. Mohd Hassan - Penghulu Mukim Slim
3. Insp. Mohd Azril B. Jamaludin - OCS Slim River
4. Shukeriradzi B. Md Said - Ketua Kampung Kuala Slim
5. Syed Mohd Damiri - Wakil KEMAS
6. Norazli B. Amin - JAKOA Slim River
7. Muhd Saifulbahari B. Hassan - Wakil MDTM
8. Nukman B. Hj Badaruddin - Wakil Pejabat Agama Slim River
9. Mohd Taufiq B. Md Nordin - Wakil Jabatan Perikanan
10. Aslynawati Bt Abd Sukor - Wakil Jabatan Pertanian
11. Nur Nabila Bt. Che Ram @ Hajeri - JPAM Slim River
12. Mohd Izlad B. Khairuddin - RELA Slim River







Saturday, August 29, 2015

aktiviti gotong - royong di Tg. Malim sempena Kempen Perangi Nyamuk Aedes

(29 Ogos 2015, Sabtu)

saya, rakan-rakan praktikal dan beberapa staf PDTSR termasuk tuan ADO sendiri menyertai program Kempen Perangi Nyamuk Aedes di Tanjung Malim. Kami mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang berkaitan tempat - tempat pembiakan nyamuk Aedes dan cara untuk membanteras pembiakan tersebut. Kemudian, kami bergotong - royong membersihkan kawasan perumahan yang berdekatan iaitu Taman Malim Indah, Tanjung Malim.









Friday, August 28, 2015

Mengasingkan folder gambar mengikut aspek biro.

(26 - 27 Ogos 2015, Rabu - Khamis)

Setelah mengasingkan gambar ke dalam folder mengikut nama program & tarikh, kemudian saya diarahkan untuk mengasingkan folder gambar tersebut mengikut 7 aspek Biro JKKK yang akan dipertandingkan. Ia bagi memudahkan saya untuk menyusun gambar tersebut ke dalam fail setiap aspek.



7 Aspek yang akan dipertandingkan mengikut biro JKKK



Wednesday, August 26, 2015

download gambar & susun ke dalam folder

(25 Ogos 2015, Selasa)

masih membuat tugasan yang sama iaitu mendownload gambar program daripada akaun FB dan mengasingkan ke dalam folder mengikut nama program & tarikh. Gambar yang diambil adalah daripada bulan April 2014 sehingga September 2015.



Monday, August 24, 2015

Susun gambar ke dalam folder.

( 24 Ogos 2015)

Saya diberi tugasan untuk mendownload gambar-gambar program yang dijalankan di Kg Kuala Slim dari dalam akaun FB Pengerusi JKKK Kg Kuala Slim dan menyusun gambar tersebut ke dalam folder mengikut nama program dan juga tarikh program berlangsung. 



Folder gambar mengikut nama program & tarikh.

Mendownload gambar dari akaun FB Pengerusi JKKK 



Thursday, August 20, 2015

pejabat operasi ketua kampung kuala slim :)

(20 Ogos 2015, Khamis)

Lapor diri di Pejabat Operasi Ketua Kg Kuala Slim. Saya ditugaskan untuk berkhidmat sementara di pejabat ini bermula 20 Ogos 2015 sehingga 21 September 2015. Saya membantu JKKK Kuala Slim dari segi pendokumentasian mereka mengikut 9 aspek yang akan dipertandingkan.



Waktu Urusan Pejabat

Pejabat Pengerusi & S/U JKKK Kg Kuala Slim

Ruang Kerja Saya :)



Tuesday, August 18, 2015

Meeting with JKKK

(18 Ogos 2015, Selasa)

menghadiri mesyuarat untuk kali pertama bersama tuan ADO dengan JKKK Kg Kuala Slim, Penghulu Mukim Slim dan Pegawai Kemas di Dewan Orang Ramai Kuala Slim.

meeting tersebut adalah berkaitan dengan Pertandingan ADS1M peringkat negeri Perak yang disertai oleh Kg Kuala Slim yang mewakili Daerah Batang Padang. Pada malam tersebut saya diarahkan untuk bertugas sementara di Pejabat Operasi Ketua Kg Kuala Slim sebagai wakil daripada Pejabat Daerah & Tanah Slim River (PDTSR) untuk membantu JKKK Kuala Slim dari segi pendokumentasian mereka.





Meeting di IPD Tg. Malim.

hari ini saya menghadiri meeting di IPD Tanjung Malim bersama wakil PDRM, wakil Rela, wakil JPAM, Tok Penghulu Mukim, Tok Empat Kg. Kuala Slim, JKKK Kg. Kuala Slim dan wakil PDT Slim River iaitu En. Fazrul dan saya.

meeting ini diadakan sempena perbincangan Kg Kuala Slim yang akan memasuki pertandingan desa wawasan diperingkat Negeri Perak.

Tugas saya disitu adalah sebagai pembantu En. Fazrul yang akan membuat montaj untuk Kg. Kuala Slim nanti.