Wednesday, September 2, 2015

Lawatan ke Kg Labu Kubong!

pada hari semalam, saya telah mengikuti tuan ADO Slim River, En. Abd Rahim B. Abd Razak dan juga Ketua Kampung Kuala Slim, En. Shukeriradzi B. Md Said membuat lawatan ke salah satu kampung yang akan bertanding dalam perlawanan ADS1M peringkat negeri Perak iaitu Kg. Kuala Kubong, Kuala Kangsar.

Tujuan lawatan itu adalah untuk melihat bagaimana panel-panel hakim menilai segala aspek yang dipertandingkan. Lawatan ini juga merupakan sebagai persediaan Kg Kuala Slim untuk menerima kehadiran panel-panel hakim untuk menilai Kg Kuala Slim pada 15 September 2015 (Selasa).

Antara aspek yang dipertandingkan ialah:
1- aspek kepimpinan & pentadbiran
2- aspek pendidikan & latihan
3- aspek kerohanian & kemasyarakatan
4- aspek ekonomi & keusahawanan
5- aspek kebersihan, kesihatan & keceriaan
6- aspek patriotisme & kemerdekaan 
7- aspek teknologi maklumat










No comments: